Sunday, 27 March 2011

bercakap mengenai musibah~

Salam.Sekadar berkongsi pengalaman dikala ditimpa musibah,dikala cuaca dunia berubah,dunia sesungguhnya sudah sangat tua.Sedang Jepun sedang menghadapi gempa bumi,tsunami,nuklear,radiasi,gunung berapi,cuaca dinegara kita sekarang pun sudah jadi tidak menentu. Jika sebelum ni musim tengkujuh di Terengganu berlaku pada hujung tahun,tetapi sekarang hujan turun tidak menentu.Apabila jumaat tibe,mmg takut. Dunia sudah tua~

Baru2 ini,tanggal 26hb mac 2011 banjir kilat telah melanda tempat aku,Kuala Terengganu.Xsampai beberapa jam hujan air sudah memasuki rumah. Bermula dengan dapur,bilik aku n masuk dlm rumah.T_T menangis aku tengok air lumpur mengalir masuk dalam bilik tdo kesayangan aku..huhu..Nasib baik aku n housemet aku dh berpengalaman n dah ambik langkah berjaga2 sejak awal lagi.Angkat barang2 penting ke tempat tinggi.Lebih kurang pukul 3 pagi rumah aku sudah dipenuhi air.Bukan aku saje,jiran2 pun mengalami nasib same.Dahla aku ade game lawan badminton esoknye tu.hehe.

Jalan masuk ke rumah aku pun dah xboleh lalu.memang kritikal.Kilat sabung menyabung,memang gerun. Takut sungguh ujian dari Allah kali ni.kemudian datang makcik bagitau yang kami boleh berehat di pusat pemindahan baniir(sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam)..Maka kami ber lima(housemet) berehatla di anjung ilmu pusat sumber sekolah tersebut.Langsung tak dapat tido sebab macam2 benda duk fikir dalam kepala.selamat ke barang2 aku?,roboh ke almari baju aku?,naik lagi ke air dalam rumah aku?,esok nak lawan badminton macamana dah xtdo ?(sempat lagi,haha)..

Sorila,gambor xde.xsempat nak berposing pulak malam tu.Pendek kate,pandu cermat,jiwa sselamat. Babai~




No comments:

Post a Comment