Tuesday, 5 April 2011

Bercakap mengenai Martial Art~


Salam
Kali ni aku nak berkongsi minat dengan penggemar2 martial art seluruh alam semesta. Ade macam2 martial art dalam dunia ni.Bak kata Mark Dacascos,die blaja semua martial art ..ye ke dok dacascos?hehe..lantak mu la..tapi aku mmg minat filem2 mu blakon mcm 'only the strong','The Crow' & mcm2 lagi..ceh,mcm kawan je ngn mark dacascos kan..hehe..Ade mcm2 martial art dlm dunia ni,kalau nak list memang 3 hari 3 malam tak abis..contoh2nya, Boxing Siam(Muay Thai),Tae Kwon Don(ITF,WTF),Silat (mcm2 silat), Karate-Do, Judo,Jeet Kune Do(mendiang Bruce Lee punye),Brazilian Jiu-Jitsu,Capoera,Kungfu,Mix Martial art & macam2 lagi..Semuanya Unik & Terbaik habaq hang..mcm biasala,aku ni satu bende pun retinye tidak..hampeh betol..haha..yang penting Minat..Walaubagaimanapun,kepada masyarakat2 di luar sana saya sarankan anda semua belajar sedikit sebanyak tentang seni mempertahan diri ni,bukan untuk jadi Samseng ye...untuk menjaga diri sendiri..lebih2 lagi bakal ketua keluarga yang bakal menjaga keluarga mereka.Penting yang Amat.

Konklusinye,dalam banyak2 tu sebenar2nya yang paling best n menarik minat aku ialah Muay Thai..kepada yang tak setuju diam2 jela kn?..keh3..percayala Muay Thai paling best.hehe..Muay Thai ni boleh dikatakan Seni yang kurang mementingkan gaya tapi mementingkan serangan padu.Disiplin adalah benda yang paling penting.Daripada disiplin latihan lahirnya kekuatan. Antara fighter2 yang sgt diAdmire oleh aku semestinya jaguh2 dunia dari Thailand sperti Buakaw, Orono ,Yodsenklai & ramai lagi..yang paling aku minat 3 org ni la..Yoddy,skill tinggi..Gila & Keras mcm Buakaw n Orono..Brutal abis wa cakap lu..hehe..Mereka semua ni ade yang dah jadi juara kat Lumpinee Stadium,Thailand & siap penah jadi juara WBC championship(World Boxing Championship),K1 World MAX,juara kelas,juara rumah sukan & mcm2 lagi laa..

:::Jom berkenalan sket::::
Yodsenklai 'the computer' because of his perfect Technique! 
Kaki kiri die senjata utama die
Kompem KO kena

Pernah menjuarai WBC Muay Thai dalam kategori Welter weight,Juara 3x di Lumpinee Stadium.Kaki kiri die ni buat daripada besi padat kot ni,try la rase penendang die kalu xcaye.haha tekan link ni>> yodsenklai mengganas

Buakaw Por Pramuk

Buakaw ini lagi sorang..mmg brutal abis+skillfull..asek2 menang ngn KO kan lawan je.. 
Saksikan kebrutalan die>> tekan ni.



Orono Wor Petchpun
Tengok2 mamat Orono ni dh 2x pegang rekod kalahkan Yodsenklai dengan TKO.Waaaaa..lagi giler die ni..& dua kali gak kalahkan Buakaw..gila2..gila power!hehe..

wah,dah panjang lebar nampaknye..ape2 pun support la Malaysia punya fighter..yang atas2 tu admire je..ikuti perkembangan fighter Malaysia di http://muaythaitigers.blogspot.com/.

Sekian dulu.Ngantuk.Ayuh orang muda,persiapkan diri.tapi ingat bukan fizikal saje,ade 3.Fizikal,Mental & Rohani.Pesanan untuk diri Sendiri juge. Salam~

Monday, 4 April 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!hehe.menarik!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!hehe.menarik!

Bercakap mengenai Senjata Baru~

Assalamualaikum Semua..
Hari ni aku nak berkongsi senjata baru aku. Aku sebenarnya minat jugak dengan senjata2 ganas ni.Memang unik and eksklusif+kondusif. Sape minat senjata ganas angkat tangan macam saye...(sambil goyang2 tangan ala2 usop wilca)..hehe..Bagi yang moden guna senjata moden xdilupakan yg dulu kale gune senjata tradisgional..lagi banyak seni die..Senjata ni merupakan alat yang digunakan oleh pejuang2 kita dalam menjaga keamanan.Diulangi untuk keamanan.Bukan untuk melakukan kemusnahan.Jangan sekali-kali menyalahgunakan senjata yang ade dengan kegiatan yang tidak bermoral.Ingat!!.Kelak senjata itu akan MAKAN DIRI jika disalah guna.

  
Terbaek!M16 Viper with the Coyote Ugly Finish

M16 Clinic Sniper 1-cb (btol ke x nama ni??haha)

Very Unique Keris Dapur Naga Sosro dari Indonesia
The Legend Taming Sari
zigana m16 black-L
Pisau2 Lempar yang Mashuukkk..ala2 Naruto..keh3..
Pisau Rambo!Paling Ganas..haha
Tapi kan..semua tu senjata hok aku minat je...bukan aku punye pun..haha..SENJATA sebenar aku ni haaaa:



Gunalah senjata untuk bersukan..keh3..Selamat Bersukan Buat Semua!Bersukan untuk Kesihatan.Pesanan daripada Pejabat Kesihatan DUNGUN!
BABAI!!!!

Wednesday, 30 March 2011

Bercakap mengenai Badminton~

Salam~~
Sape kat sini yang minat bersukan?sape kat sini kaki pukul?jangan pukul org,pukul shuttle..hehe..sape yang minat dengan sukan BADMINTON? Jom kita berkongsi minat..hehe..aku minat jela,main xreti..basic xdop,main hentam je..kalau kena,nasib baik,kalau miss padan muka aku..haha..walaupun xreti main,tapi aku berpendapat badminton ni sukan yang sangat UNIK & banyak SENI die..sukan lain pun same,tapi nak buat macam mane dah aku minat badminton..haha..Kalau ade kejohanan besor2,Thomas cup ke,All England ke,Open mane2 ke memang seboleh2nye aku xkan lepaskan peluang la nak tengok..bukan nak join ye,jgn salah paham..haha..xboleh nak miss aksi2 dari pemain2 hebat mcm Lee Chong Wei,Lin Dan,Peter Gade,Bao chun Lai,Chen Jin,Taufik Hidayat & ramai lagi..Skills,smash kencang & tenang mase main kunci kemenangan selain disiplin & latihan keras..Baru2 ni aku & team aku join tournament antara fakulti kat UMT,dapat GANGSA!haha..aku sumbang sikit2 je,org lain yg banyak..xpela,at least support sukan badminton.

Ringkasan Asal Usul Badminton:::
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China dan Malaysia sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.Hidup Malaysia!
 sumber:www.scribd.com

Lee Chong Wei kebanggan Malaysia,world no 1!
Super Dan, Mostly Perfect Player
Peter Gade,Very skillfull player,superb!
Taufik Hidayat,Most Beautiful backhand,Seni tinggi!
 Ayuh Semua kita Bersukan!Wassalam~

Tuesday, 29 March 2011

Bercakap mengenai Teman hidup~

Salam...
Manusia di cipta berpasang-pasangan,same la macam aku manusia biasa jugak.hehe..Sebenarnya aku malas nak cakap panjang kali ni..TAPI nak jadi mat jiwang karat kejap malam ni..hehe..Banyak sebenarnya perancangan hidup aku tapi sekarang tengah buat master tak habis2 lagi.. T_T...nak xnak tahun 2011 ni aku kena cari kerja gak sebab dah ade planning nak jaga anak dara orang.Planning macam2 buat nye dok lagi..hehe...InsyaAllah planning tu dah ade...Ustaz Azhar pun galak kan golongan muda kahwin cepat2.

Ramai dah kawan2 aku yang sebaya dah kawin & ade jugok yang dh dapat anak pun..Syukur Alhamdulillah dikuniakan cahaya mata yang sihat tubuh badan. 1 anugerah tak ternilai dari Tuhan.Bagi yang belom mendapat cahaya mata,gandakan usaha anda.InsyaAllah,ade rezeki anda2 semua.Ade sikit gambar kawin kawan2.Nah:

Ni kenduri Nani ngn Man kt Pasir Puteh,Klate  


Ni pasangan mempelai zack & isteri di Paka,Dungun,Terengganu
Sebenarnye ramai lagi kawan2 yg dah kawen,cuma gambornye xjumpe.belom dibahagi2 lagi.maklumla,kamera kongsi2..haha..Tahniah la buat semua yang dah mendapat TEMAN HIDUP masing2, ingat tanggungjawab semakin berat.nak2 si SUAMI. tak gitu para suami sekalian?hehe..aku doakan kamu semua bahagia hingga ke anak cucu cicit cuit!..

Doakanla untuk aku jugak supaya murah rezeki,cepat2 dapat mendirikan rumah tangga.tak sabo dah ni..haha..Ni dia satu2nya permata hati aku,Eksklusif ni..hehe..nama diberi Nang Idayu Bt Nik Zahari. Sorang yang menceriakan kan aku,sorang yang ambil berat pasal aku,sorang yang slamber yaya je marah aku ikut dia suka(agak bekeng bila marah,rmai xtahu) & yang paling penting dia rajin +pandai masak.hehe.xboleh puji lebih2.Doakanla kami ditemukan jodoh cepat2 & dipermudahkan segala urusan.Amin~

Nang Idayu Binti Nik Zahari
Golongan Muda,jom cepat2.hehe.Sekian,Wassalam.

Monday, 28 March 2011

Bercakap mengenai Tip masakan~

Assalamualaikum!
Hari ni aku nak jadi chef.buang tebiat ke ape.hehe..xdela..aku cuma nak berkongsi ape yang aku n 4 org lagi housemet aku buat dalam mevariasikan lagi hidangan makanan kat rumah. Geng2 rumah aku ni pandai masak,semua ade kelebihan n kemahiran masing2..power2..

Ntah mcammana suatu hari lepas dah bosan makan nasi lauk kicap,terdetik pulak nak wat masakan ala korea..ni kes terpengaruh dengan k-pop la ni..aku pun up to date la jugak..haha..akhirnya aku n budak2 umah aku pun mengambil kata sepakat membawa berkat melahirkan resipi DAGING KOREA ALA PAK TUYU STAIL.haha..cara perap daging,main hantam saja.masuk saja ape bende yang ade kat dapur.gaul2,goreng,makan!hehe..nak tahu resepi boleh singgah ke rumah ye..slamat menjamu slera!

amacam set hidangan kami?ada klas x?


pahlawan sedang menghidupkan api ala2 Bear Gryll (lambat nyala sbb lupe pasang pale gas)

Tersenyum kegembiraan+kelaparan

Posing ayu ala2 justin bibir

nak tau resepi?memang sedap.Dial 1700 68 2525.

Slamat menjamu selera!
P/S: Bersyukurlah dengan Rezeki KurniaaNYA~

Sunday, 27 March 2011

bercakap mengenai musibah~

Salam.Sekadar berkongsi pengalaman dikala ditimpa musibah,dikala cuaca dunia berubah,dunia sesungguhnya sudah sangat tua.Sedang Jepun sedang menghadapi gempa bumi,tsunami,nuklear,radiasi,gunung berapi,cuaca dinegara kita sekarang pun sudah jadi tidak menentu. Jika sebelum ni musim tengkujuh di Terengganu berlaku pada hujung tahun,tetapi sekarang hujan turun tidak menentu.Apabila jumaat tibe,mmg takut. Dunia sudah tua~

Baru2 ini,tanggal 26hb mac 2011 banjir kilat telah melanda tempat aku,Kuala Terengganu.Xsampai beberapa jam hujan air sudah memasuki rumah. Bermula dengan dapur,bilik aku n masuk dlm rumah.T_T menangis aku tengok air lumpur mengalir masuk dalam bilik tdo kesayangan aku..huhu..Nasib baik aku n housemet aku dh berpengalaman n dah ambik langkah berjaga2 sejak awal lagi.Angkat barang2 penting ke tempat tinggi.Lebih kurang pukul 3 pagi rumah aku sudah dipenuhi air.Bukan aku saje,jiran2 pun mengalami nasib same.Dahla aku ade game lawan badminton esoknye tu.hehe.

Jalan masuk ke rumah aku pun dah xboleh lalu.memang kritikal.Kilat sabung menyabung,memang gerun. Takut sungguh ujian dari Allah kali ni.kemudian datang makcik bagitau yang kami boleh berehat di pusat pemindahan baniir(sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam)..Maka kami ber lima(housemet) berehatla di anjung ilmu pusat sumber sekolah tersebut.Langsung tak dapat tido sebab macam2 benda duk fikir dalam kepala.selamat ke barang2 aku?,roboh ke almari baju aku?,naik lagi ke air dalam rumah aku?,esok nak lawan badminton macamana dah xtdo ?(sempat lagi,haha)..

Sorila,gambor xde.xsempat nak berposing pulak malam tu.Pendek kate,pandu cermat,jiwa sselamat. Babai~




Thursday, 17 March 2011

Bercakap mengenai diri sendiri, kehidupan & ibubapa ~

Salam pekenalan.
Nama diberi Mohd Mazri Syahmi Bin Saari.Orang Dungun,Terengganu.Seorang insan biasa serba sederhana serba biasa.Pencapaian akademik cukup2 makan.kadang2 dok cukup pun.Minat dalam sukan tapi bakat je kurang. hehe..Sedang buat Master jurusan marine science di Universiti Malaysia Terengganu & sedang mencari kerja..hehe.so majikan2 diluar sana boleh la ambik sy bekerja,gaji RM 3K permulaan pun dh ok..err lupe bagitau,saya seorang yang rajin..kih3.

Bercakap mengenai kehidupan, Hidup xsemua indah.kadang2 diatas,kadang2 dibawah,sokmo dibawah.hehe.Silalah bersyukur dengan kehidupan yg kita kecapi sekarang.Lagi bersyukur jika dilahirkan dalam keluarga berada.Saya tidak dilahirkan dalam keluarga berada dan saya tahu makna apa itu susah dalam hidup.

Hargailah jasa kedua ibu bapa kita yg sanggup xmakan dlm membesarkan kita yg semakin membesar ni. Sesungguhnya tiada idola lain selepas Nabi Muhammad saw selain ibu bapa kita sendiri.Pada satu2 peringkat umur,tibalah masa untuk kita mengambil alih tempat mereka untuk membalas jasa & menerajui keluarga kita sendiri.Saya sgt mengagumi abah n mak saya, anda bagaimana?Bersama2 kita menempuhi masa depan  yang lebih mencabar ini sebagai seorang hamba Allah yang diredhai,seorang manusia berguna,mengenang jasa & berintegriti.cewah..

Wassalam~.

perjalanan tak berpenghujung

Insan biasa~
Realiti hidup~
Mencabar~
Masa depan?
Terus berjuang!