Salam~~
Sape kat sini yang minat bersukan?sape kat sini kaki pukul?jangan pukul org,pukul shuttle..hehe..sape yang minat dengan sukan BADMINTON? Jom kita berkongsi minat..hehe..aku minat jela,main xreti..basic xdop,main hentam je..kalau kena,nasib baik,kalau miss padan muka aku..haha..walaupun xreti main,tapi aku berpendapat badminton ni sukan yang sangat UNIK & banyak SENI die..sukan lain pun same,tapi nak buat macam mane dah aku minat badminton..haha..Kalau ade kejohanan besor2,Thomas cup ke,All England ke,Open mane2 ke memang seboleh2nye aku xkan lepaskan peluang la nak tengok..bukan nak join ye,jgn salah paham..haha..xboleh nak miss aksi2 dari pemain2 hebat mcm Lee Chong Wei,Lin Dan,Peter Gade,Bao chun Lai,Chen Jin,Taufik Hidayat & ramai lagi..Skills,smash kencang & tenang mase main kunci kemenangan selain disiplin & latihan keras..Baru2 ni aku & team aku join tournament antara fakulti kat UMT,dapat GANGSA!haha..aku sumbang sikit2 je,org lain yg banyak..xpela,at least support sukan badminton.
Ringkasan Asal Usul Badminton:::
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China dan Malaysia sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.Hidup Malaysia!
sumber:www.scribd.com
![]() |
| Lee Chong Wei kebanggan Malaysia,world no 1! |
![]() | |
| Super Dan, Mostly Perfect Player |
![]() |
| Peter Gade,Very skillfull player,superb! |
![]() | |
| Taufik Hidayat,Most Beautiful backhand,Seni tinggi! |
Ayuh Semua kita Bersukan!Wassalam~




